Seminar Pelaburan 360 Hari 1Malaysia,

merupakan usaha ASNB untuk mendidik rakyat Malaysia mengenai aspek-aspek perancangan kewangan. Usaha yang menyeluruh ini diadakan setiap hari, sepanjang tahun, meliputi 140 buah daerah di seluruh Malaysia.

Angka 360 memaparkan satu putaran lengkap 360 darjah. Seminar ini mengguna angka ini bagi menggambarkan pendidikan sepanjang hayat dan usaha ASNB untuk menukar persepsi serta sikap rakyat Malaysia daripada tiada kesedaran tentang pentingnya perancangan kewangan kepada individu yang berpengetahuan dan sedar akan kepentingan perancangan kewangan.

Melalui Seminar Pelaburan 360 Hari 1Malaysia, ASNB menyediakan kemudahan perancangan kewangan untuk individu seawal umur 6 bulan sehinggalah ke umur persaraan.

Latar Belakang Seminar Pelaburan 360 Hari 1Malaysia

Seminar Pelaburan 360 Hari 1Malaysia merupakan satu inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) PNB untuk mendidik masyarakat umum tentang perancangan kewangan dan pelaburan dalam unit amanah ASNB, sebagai salah satu instrumen untuk merancang kewangan. Inisiatif ini bermula pada tahun 2003 dan pada mulanya ia dikenali sebagai “Seminar Perancangan Kewangan”. Bermula tahun 2008, seminar ini diadakan setiap hari dan namanya telah ditukar kepada Seminar Pelaburan 360 Hari 1Malaysia.

Peserta seminar dikategorikan mengikut kumpulan sasar yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah, pelajar institusi pengajian awam dan swasta/institusi pendidikan guru/maktab/pusat latihan, komuniti tidak bekerja, pemimpin masyarakat dan penduduk setempat. Kategori lain ialah badan beruniform, kakitangan kerajaan, kakitangan swasta, persatuan/pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pemegang unit ASNB.

Penceramah seminar pula terdiri daripada Perancang Kewangan Bertauliah (CFP) dan Perancangan Kewangan Berdaftar (RFP) dari ASNB. Manakala, modul yang digunakan bagi setiap seminar disesuaikan mengikut kumpulan sasar.

OBJEKTIF & PENCAPAIAN

Objektif

  • Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan perancangan kewangan dalam kalangan masyarakat.
  • Memperkenalkan unit amanah ASNB sebagai instrumen pelaburan yang kompetitif bagi merangka pelan perancangan kewangan melalui aktiviti seminar.
  • Meningkatkan jumlah pelabur baru yang melabur dalam unit-unit amanah ASNB.
  • Menggalakkan pelabur memiliki lebih daripada satu akaun unit amanah ASNB.
  • Memberi khidmat nasihat berkaitan perancangan kewangan dan meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada para pelabur.

Pencapaian Seminar Pelaburan 360 Hari 1Malaysia

Dari 1 Januari 2008 hingga 30 September 2013, ASNB telah berjaya mengadakan seminar ini di 140 buah daerah seluruh Malaysia. Ini termasuklah di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak. Rakyat Malaysia daripada pelbagai lapisan masyarakat telah mendapat manfaat melalui pelbagai aktiviti yang dilakukan semasa seminar.

Bermula tahun 2008 sehingga 2013, jumlah peserta bertambah dari tahun ke tahun. Setakat September 2013, jumlah keseluruhan peserta menyertai Seminar 360 1Malaysia ialah sebanyak 333,114 peserta. Kesemua peserta ini merangkumi kumpulan sasar seperti pelajar, pekerja, suri rumah, persatuan dan lain-lain.

STATISTIK

Kembali Ke Atas